Dalam masa beberapa jam lagi, negara kita Malaysia yang tercinta akan menyambut kemerdekaan yang ke 49. Tetapi benar kah 49 tahun kemerdekaan untuk Sarawak dan Sabah?
Apa pun jua jawapannya. Kita sebagai satu negara yang berasaskan perpaduan kaum akan bersama-sama menyambut kemerdekaan pada 31 Ogos. Tidak kira lelaki perempuan, hitam, putih, tua, muda, tidak kira apa jua agama pasti akan keluar untuk merayakannya.
Sudahkah anda mengibarkan Jalur Gemilang anda? Sudahkan anda menceritakan kepada anak-anak anda tentang apa itu kemerdekaan dan bagaimana peritnya kita mencapai sesuatu yang di katakan Kemerdekaan? Di manakah anak-anak remaja anda sekarang? Tahukah mereka Merdeka itu lebih daripada menjerit tidak tentu hala di jalanan?
Malaysia Ku… Maju Lah Malaysia… Bersama kita melangkah kehadapan untuk Malaysia yang Bersih, Cekap , Amanah, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
Ikhlas DariKu
fred
Berbelog untuk kemerdekaan yang lepas:Kata-kataku setahun yang lepas
“LandasanTepi: Today Is A Day of Confession”









