Semua orang di sferabelog(blogspehere) Malaysia telah menggunakan Bahasa Malaysia sempena Hari Kemerdekaan. Nampaknya saya telah ketinggalan kerana masalah logistik dan tiadanya capaian internet di asrama saya. Tapi apa-ke-nerakanya (what the hell) saya akan menulis sempena hari Merdeka ini.
Dalam bulan ini mereka mengatakan bahawa negara kita telah merdeka selama 48 tahun, tetapi bagi saya kemerdekaan kami adalah pada 16 September 1963. Semalam mereka melaungkan Merdeka! dan saya masih di bilik mengulangkaji untuk perperiksaan. Tatkala jam berdetik pukul saya cuma mengenang kembali saat-saat saya kecil dahulu. Bukannya menjerit tidak tentu hala.
Apa erti kemerdekaan bagi anda?
Saya masih menanti 16 September. Tunggu dan lihat… saya telah menrancang satu pos yang akan mengimbau kenangan di Sarawak semenjak 1963 bagi diri saya. Berharapap semua rakan-rakan dari Sarawak dapat membantu. Kita akan menyambut hari Malaysia…
sekian
fred mencarut.





lucu sungguh bila kamu guna bahasa melayu… macam bukan kamu saja… hahaha… tapi gud try fred…
Comment by grace — August 31, 2005 @ 7:11 pm
Saya tengok ramai orang guna Bahasa Melayu pada hari kebangsaan kita (kecuali saya…):) Bagus loh… Apa yang orang Sarawak boleh bantu untuk pos pada 16 September 2003?
Comment by Chen — September 1, 2005 @ 12:17 am
hahaha sungguh lucu lah engkau. sudah lama saya tidak bercakap atau menulis bahasa melayu! rindu lah!
Comment by chrissiee — September 1, 2005 @ 7:03 pm